Kebangkitan semula Barisan Alternatif

Dalam pilihan raya 2008, BA bersama dengan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Hasilnya, mereka berjaya menawan negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, di samping mengekalkan Kelantan di tangan PAS.

Di negeri Kedah, BA bersama dengan seorang calon bebas membentuk kerajaan. Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Calon bebas itu pula dijemput menyertai PKR, dan beliau menerima jemputan itu.

Di Pulau Pinang pula, DAP dapat menubuhkan kerajaan kerana mendapat majoriti mudah hasil kerjasama dengan PKR. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dilantik sebagai Ketua Menteri.

Sementara di negeri Perak dan Selangor pula, gabungan DAP, PAS dan PKR berjaya membentuk kerajaan, dengan Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Abdul Khalid Ibrahim (PKR) menjadi Menteri Besar.